Wednesday, March 24, 2010

Pindaan Akta 98 Tidak Banyak Membantu Golongan Pertengahan

Pindaan 2008 bagi Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, walaupun nampak cantik dari segi praktiknya, jika dilihat dari segi ciri-ciri kemudahan yang ditawarkan, namun secara peribadi saya melihat ianya tidaklah memberi manfaat yang besar kepada majoriti waris-waris yang memohon pembahagian pusaka iaitu golongan pertengahan.


Ramai yang sudah tahu tentang aspek-aspek pindaan yang dilaksanakan pada tarikh mula kuatkuasa pindaan tersebut iaitu pada 1 September 2009 yang lalu antaranya seperti berikut:


  • Harta yang bernilai RM 2 juta atau ke bawah boleh diselesaikan di bawah bidangkuasa Akta 98.
  • Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana daerah (jika harta-harta tak alih dimiliki di daerah yang berlainan) tanpa mengambil kira nilaian tertinggi di antara daerah terletaknya harta.
  • Permohonan awal (Borang A) dan permohonan kemudian (Borang P) adalah percuma.

Namun, ramai juga yang sudah merasai beban yang amat besar akibat pelaksanaan bayaran perintah yang dikenakan dengan mengambilkira harga 0.2 % daripada jumlah keseluruhan harta yang bernilai lebih RM 50 ribu.

Kadang-kadang terasa keadaan ini tidak ubah seperti orang masuk fun-fair. Masuk percuma, kalau nak main kena bayar. Kasihan sungguh orang-orang kampung mahupun orang-orang bandar yang dikategorikan sebagai golongan pertengahan.

No comments:

Post a Comment